Random Article


 
Don't Miss
 

 

Shae Sayang – Video, Fanpage, Biography, Lirik dan MP3

 
 
Overview
 

Genre:
 
Nama Artis:
 
Personaliti
 
 
 
 
 


 
Kualiti
 
 
 
 
 


 
Originaliti
 
 
 
 
 


 
Populariti
 
 
 
 
 


 
Fan Rating
 
 
 
 
 


 
Total Score
 
 
 
 
 
5/ 5


User Rating
1 total rating

 


Sayang apa khabar dengan mu. Starting Lagu Sayang nyanyian Shae penyanyi Indonesia mix Australia yang cantik lagi jelita. Lagu Shae Sayang ni memang dah popular sangat kat radio Malaysia. Dalam sehari berapa banyak kali putar pun Spongebob Tercekik dah tak terkira. Lagu Sayang ni pada Spongebob Tercekik biasa je, cuma memang rentak dia agak bersahaja […]

Posted 2013/04/03 by

 
Artikel Penuh
 
 

Sayang apa khabar dengan mu.

[Kredit artikel biodata - spongebob tercekik & buahmulut Blog.]

woWWwoo..di youtube ramai org satu dunia dari Vietnam ke Poland puji lagu ni sedap ada originaliti pada ana ghoib bila mendengarnya kali pertama. Bunyi mcm jingle lagu iklan pun ada…neway best dan muzik memang pro….malang org indonesia sendiri kurang sambut shae tapi masa depan dia cerah di pentas dunia nampak gayanya jika kena lagu.

Starting Lagu Sayang nyanyian Shae penyanyi Indonesia mix Australia yang cantik lagi jelita. Lagu Shae Sayang ni memang dah popular sangat kat radio Malaysia. Dalam sehari berapa banyak kali putar pun Spongebob Tercekik dah tak terkira. Lagu Sayang ni pada Spongebob Tercekik biasa je, cuma memang rentak dia agak bersahaja dan seronok untuk dinyanyikan bersama.

Siapa Shae

Siapa Shae? Mula-mula dengar name  pun tak kenal siapa Shae ni.  So ini sedikit biodata Shae atau latar belakang Shae. Nama sebenar Shae ialah Sheryl Geting. Kalau korang tak reti macam mana nak sebut Shae, korang baca macam ‘Sye’ macam tu.

Berketurunan Australia campur Riau. Antara genre muzik Shae adalah pop, r&b dan rock n roll. Mula dalam bidang menyanyi pada tahun 2012 dengan album pertama Shae iaitu The First dengan genre pop. Dalam Album The First tu ada 8 lagu. Salah satu nya yang popular tajuknya Kok Telpon Telpon Sih selain dari lagu Sayang. Tapi lagu Kok Telpon Telpon Sih tu pada Spongebob tak berapa best. Lagu tu garang sangat. Shae bernaung dengan Warner Music Indonesia.

 

Kalau korang nak kenal Shae dengan lebih rapat lagi, atau saja nak try usha-usha, boleh la follow atau like

Google Plus – Shae Official Page

Twitter – Shae Official

Facebook Page – Shae G

 

Atas ada official video Youtube Shae Sayang untuk korang dengar kalau korang tak pernah dengar lagu Sayang ni. Video klip Shae Sayang ni biasa sangat. Tak ada apa special pun. Tapi kalau korang teringin jugak nak tengok video klip lagu Sayang ni suka hati la. Layan diri.

Macam biasa, lirik lagu Shae Sayang ada Spongebob sediakan. Boleh la korang layan lirik Shae Sayang ni. Bawah sekali ada link download mp3 Shae Sayang untuk korang download. Enjoy

 

Lirik Shae – Sayang

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragu kan cintaku
percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
ku menyayaingmu

Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu

 

Link Download Mp3 Shae – Sayang

Link Mediafire: Shae – Sayang

Sumber: http://www.spongebobtercekik.com/shae-sayang#ixzz2PTKbkqfj

SHAE dikenali kerana Single ‘Sayang’

SHAE atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pendatang baru arena seni suara ini bukanlah calangan orang. Berbekalkan suara yang lantang dan lunak persis Alanis Morisette dan Alicia Keys, SHAE tentunya bakal menggegar industri muzik benua asia!
Lagi gambar terkini SHAE di Malaysia di link berikut [lihat gambar]
SHAE memulakan kariernye beberapa tahun lalu semasa beliau masih menjalani pengajian di peringkat sekolah menengah. Posan Tobing (pemain drum Winner Band) merupakan antara orang yang mencetus penglibatan SHAE dalam industri muzik ketika itu. Menurut Posan, SHAE memiliki aura yang tersendiri. Suaranya yang unik telah memukau Posan lantas memikat beliau untuk menjalin kerjasama bersama SHAE. Dalam tempoh 1 tahun setengah kerjasama ini, maka terhasil album sulung SHAE yang diterbitkan oleh
Posan sendiri.
Sebagai memulakan langkah pertamanya dalam industri muzik ini, SHAE mempersembahkan album sulung yang bertajuk “The First”. Memuatkan sebanyak 8 buah lagu, “The First” menampilkan “Sayang” sebagai single pertama. “Sayang” merupakan sebuah lagu berentak pop yang ringan dan mudah didengari. Sebuah lagu yang tentunya digemari oleh golongan muda-mudi, “Sayang” mengisahkan keindahan dunia percintaan. Dengan iringan muzik ‘up-beat’, lagu yang penuh warna-warni ini bakal menceriakan industri muzik tempatan!
Album “The First” turut memuatkan lagu “Kok Telfon Telfon Sih” yang sangat ‘catchy’ dan pastinya enak didengari. Berbeza daripada lagu “Sayang”, single kali ini memperdengarkan suara SHAE yang lantang dan kuat. “Kok Telfon Telfon Sih” menyampaikan mesej betapa jelaknya si gadis dengan panggilan-panggilan daripada bekas kekasihnya. Masih mengekalkan tema cinta dalam lagu nyanyian beliau, SHAE memperjuangkan muzik pop dengan mesej-mesej jelas dan ringan, sesuai dengan imej beliau yang muda ceria!
Dengan karakter vokal yang begitu jitu, SHAE juga dianugerahkan wajah yang anggun, darah kacukan daripada dua rantau yang berbeza, Australia (bapa) dan Riau (ibu). Dengan imejnya yang bersih, SHAE merupakan ikon anak-anak muda yang sentiasa mengingini kelainan dan penuh inspirasi. Tidak hanya bertumpu pada bidang nyanyian, jiwa mudanya mendorong SHAE untuk turut mencuba beberapa bidang lain seperti fesyen dan lakonan. Ilmu yang diperoleh daripada kelas lakonan membantu beliau dalam mengekspresi penghayatan lirik, manakala ilmu fesyen pula diaplikasikan dalam ‘persembahan’ imej beliau sebagai seorang penyanyi yang riang!
Selain itu, SHAE juga berbakat dalam ilmu tarian, hal ini menyempurnakan lagi persembahan beliau di pentas nyanyian. Dengan bakat yang serba boleh ini, SHAE tentunya pakej yang sempurna sebagai seorang bintang yang bakal menyinari industri muzik benua asia ini!

 

sumber Buahmulut.com

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI