Random Article


 
Don't Miss
 

 

Kenali Wak Doyok Pereka Fesyen Terkenal Malaysia

 
 
Overview
 

Jenama:
 
Rekabentuk
90%


 
Teknologi
67%


 
Kualiti
80%


 
Penggunaan
70%


 
Konsumer Rating
89%


 
Total Score
79%
79/ 100


User Rating
1 total rating

 


Pendapat Kami dan Anda

Wak Doyok dalam rancangan JOHARA ERA FM: Wak Doyok antara 10 Personaliti Sosial Media Paling Berpengaruh 2013  Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut […]

Posted 12/27/2013 by

 
Artikel Penuh
 
 

Wak Doyok dalam rancangan JOHARA ERA FM: Wak Doyok antara 10 Personaliti Sosial Media Paling Berpengaruh 2013 

Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya laporan Mymetro Online.

Wak Doyok, bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an.

Kurang lebih satu jam menemubualnya, saya sifatkan pemuda ini seorang yang berfalsafah apabila bercakap mengenai fesyen yang digayakannya. Fesyen Mods bagi Wak Doyok tidak dilihat sebagai helaian fabrik atau rekaan semata-mata, sebaliknya dia memahami falsafah Mods secara menyeluruh, iaitu kaitan Mods dengan Vespa dan Lambretta termasuk kecenderungan muzik yang berasal dari era 60an seperti ska, soul dan motown, yang menjadi pilihan pengamal Mods.

Antaranya kumpulan yang berkait rapat dengan Mods ini antaranya The Who, OCS, The Ronnettes dan The Supremes.

wak doyok 1

REKAAN Wak Doyok menampilkan fesyen dan falsafah Mods.

Namun, tidak banyak maklumat mampu dirungkai kerana keterbatasan ruangan ini. Namun, pemilik jenama The Garment ini sempat menjawab beberapa pertanyaan yang barangkali umum juga ingin tahu.

 

MODA (M): Penampilan anda cukup luar biasa, namun adakah pemakaian sut untuk di waktu santai bersesuaian cuaca negara ini?

Wak Doyok (WD): Saya sering diajukan soalan ini. Bagi saya senang saja, semuanya terletak pada ‘mind set’. Jika di dalam bilik berhawa dingin serendah 16 darjah selsius sekalipun kita letakkan minda kita panas, tetap akan rasa panas. Saya tidak pernah rasa satu masalah memakai pakaian tiga lapis kerana saya percaya ia terletak pada corak pemikiran kita.

Sebenarnya pemakaian sut bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Jika ikutkan dari zaman penjajahan British lagi kita sudah diajar cara pemakaian kemas sebegini.

Jika sistem jalan raya kita boleh mengikut cara Britain, kenapa tidak boleh pakaian? Bagi saya kalau pakai kemeja-T pun jika kita letakkan pemikiran kita panas, ia akan terasa panas. Jadi semuanya terletak bagaimana kita set pemikiran kita.
M: Anda seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman, mengapa anda memilih bidang fesyen sebagai kerjaya?

WD: Saya terbabit dalam bidang ini sejak 1996 lagi walau bagaimanapun saya bergerak secara ‘underground’. Saya mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu saya meminati fesyen Skinhead.

Kecenderungan saya itu menyebabkan seorang rakan saya yang baru pulang daripada Britain memberikan saya Mods Bible yang menceritakan mengenai fesyen yang lebih hebat daripada Skinhead.

Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkan saya terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’ memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikut saya.

The Garment sebelum dikenali di Malaysia, pengamal fesyen Mods di Britain, Jepun, Singapura dan pelbagai negara lagi sudah lama memakainya. Cuma baru sekarang mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.

“Strategi pemasaran saya dengan mengeluarkan kemeja-T terlebih dulu dan selepas ini saya mempunyai perancangan lebih besar untuk mengeluarkan pakaian untuk lelaki pula.

Selain itu, saya menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan saya ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Saya suka melihat orang bergaya dan ingin membantu orang di luar sana yang ingin berfesyen. Saya melihat kerjaya ini sebagai satu bidang yang boleh membantu saya memberi sumbangan kepada komuniti khususnya mereka yang menghargai dan mengikuti perkembangan saya.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI