Malaysian Review

BAIK MALU MISKIN DAN JANGAN TAK MALU BERLAGAK KAYA

Berikut adalah komen pembaca yang kami ambil dari posting terbaru Dr Mahathir di blog popular beliau chedet.cc yang mengulas mengenai mengapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia ditubuhkan.

Pembaca yang menggunakan nama samaran Si Botak nampaknya begitu berselera membalun kepimpinan di dalam Umno  masakini yang disimpulkan curang, berlagak kaya dan suka bermain hantu-hantu ‘momokan’ untuk mengalih isu juga bersikap serba tak tahu.

Kepada penulis cuma ada satu kata untuk ditambah di dalam menyimpulan sikap pemimpin Umno masakini  iaitu ‘Stubborn Ignorance’ sebagaimana diterangkan di dalam gambar di bawah yang mana hanya kualiti terbaik yang ditunjukkan sahaja boleh mengoncang tutup minda dan meluaskan sempitnya otak orang sebegitu.

Semoga melayu dan parti Pribumi Bersatu berjaya melakukannya dan membuang jauh jubah sombong dan takbur serta perangai jelik jijik di dalam Umno samada kamu totok atau kabalis yang salah itu tetap salah serta jangan malu melatih diri berkata benar!

Kita faham mungkin mereka terhutang budi dan mahu menjaga airmuka seseorang tetapi seseorang itu pula hendaklah sedar diri membetulkan apa yang salah dan mengaku atau mahu diadili secara rasmi bukan bermuslihat dan menganiaya orang lain pula dengan cara politiknya. – Ana Ghoib pernah sayang Umno

Baik Malu Miskin Dan Jangan Tak Malu Berlagak Kaya – Si Botak 

Inilah Kepimpinan UMNO sekarang
Kepimpinan yg Liar. Banyak tidak Betulnya
Tidak memperdulikan suara hak Rakyat bertanya seperti huraian 1MDB
Di berlengu dengan sifat Berlagak Kaya
Di sertai Kemungkaran & Kebodohan
Yg menakutkan di bendung olih hasutan Kerajaan luar
Yg senang membodohkan justeru membodohkan Malaysia
Di cemari olih penasihat asing British olih ketua sendiri maka
Pertubuhan Parti Baru Wajib di Tubuhkan

Bukan menumpaskan UMNO
Tapi menyelamatkan Malaysia dari Kehancuran
Dek sifat Berlagak ,Boros Kepimpinan ketua
Sifat Sombong & Boros adalah Sifat Kepimpinan Iblis

Pemimpin yg memimpin membabi buta
Tidak ada Haluan dan tujuan maka
Tidak terlihat Kejayaan
Lebih Belanja dari Untung
Lebih Berlagak dari Buat
Kepimpinan Tin Kosong

Banyak Kelemahan Kerajaan yg perlu diperbaiki dahulu
Infra struture Kerajaan Malaysia macam Rojak
Kawalan wang system buku 555 lebih baik
Sampai berhutang , duit hilang berbillion pun tidak tahu mana perginya
Nak beraanggan pula nak buat TPPA ,Bullet Train dan sebagai nya
Ukurlah Badan bro

Singapura ,US memang mengalu alukan TPPA
Sebab mereka sudah bersedia dengan Kawalan Authority Kewangan yg Professional & International .Dengan kesemua badan kerajaan yg cekap & tegab
Ketua sign apa benda pun dia sendiri tidak tahu
Tubuh 1MDB hutang sampai berbillion , hujungnya tak ambil tahu dan tanggung jawab
Ini lagi nak buat TPPA ,Bullet Train sebagainya

Kaum UMNO mesti Sedar
Ketua  yg di belenggu anasir luar , berakhlak Boros & Berlagak
Akan hancurkan Malaysia

INILAH SEBAB PARTI BARU PERLU DI TUBUHKAN – Sumber Komen Si Botak


KLIK BACA: MO1 mungkin Pokemon paling sukar ditangkap, kata Hishamuddin Rais

KLIK BACA: Riza Aziz, Jho Low dipanggil bela diri di mahkamah AS pada 22 Ogos ini

KLIK BACA: ZAID SAMAN NAJIB TUNTUT PULANGKAN AS731 JUTA DAN RM42 JUTA


Nota Ana Ghoib:  Wasiat Rasulullah SAW kepada Abu Dzar Al-Ghifari.

Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu , ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu ‘alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka

(2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku

(3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahmiku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku

(4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)

(5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit

(6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan

(7) beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.

Hadis diriwayatkan oleh di antaranya: Imam Ahmad, Imam ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabîr.

*Ana Ghoib hidup ini semuanya soal pengakuan salah dan dosa dari Adam a.s jatuh ke bumi sampai kita dibangkit semula bersama di padang mahsyar…

Jomaineseow
Author: Jomaineseow