Malaysian Review

Wartawan 999, Mazidul Akmal Sidek yang terlantar sakit akibat angin ahmar semakin pulih

Mazidul Akmal Sidek bersama isterinya Khairul Fazlin Kamarudin.

PETALING JAYA – Kesihatan bekas wartawan penyiaran program 999, Mazidul Akmal Sidek yang terlantar sakit akibat penyakit angin ahmar kini semakin pulih.

Isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, 47, berkata, Mazidul sudah mampu menggerakkan anggota badannya selain penglihatannya semakin baik.

“Alhamdulillah, kesihatan abang (Mazidul) semakin pulih selain banyak perubahan berbanding mula-mula dia diserang strok dahulu.

“Bahagian kiri badannya yang terjejas akibat penyakit itu juga sudah mula menunjukkan tindak balas positif dan digerakkan malah penglihatannya juga semakin baik.

“Malah pada awal Februari lalu, kami berpeluang menunaikan umrah bersama produksi program Bersamamu,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kota Damansara di sini, Sabtu.

Turut hadir dalam kunjungan itu adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama Pertubuhan Bina Bangsa.

Mazidul Akmal Sidek menerima cenderahati dari bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika kunjungan Pertubuhan Bina Bangsa di rumahnya di Kota Damansara pada Sabtu.

Lawatan Ismail ke kediaman Mazidul petang itu adalah bagi menghargai sokongan dan usaha wartawan tersebut memartabatkan tugas polis sepanjang penglibatannya dalam program 999.

Mazidul mengejutkan dunia kewartawanan apabila diserang strok pada Jun 2014 dan telah menjalani tiga kali pembedahan di bahagian kepala iaitu dua kali pada tahun 2014 dan Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur.

Mazidul yang kini berusia 50 tahun berkahwin dengan Fazlin pada 21 Mei 1997.

Mereka dikurniakan dua orang anak, Muhammad Afif Faiq, 19, dan Muhammad Azard, 16. – mStar

KLIK BACA: Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

KLIK VIDEO: Walau yang thttps://web.archive.org/web/20181101095638/http://www.malaysiastylonews.com/166503/rafizi-lebih-sensitif-soal-dosa-pahala-berbanding-presiden-pas-kata-hanipa/ua itu mulut jangan terlalu celupar, kata Najib

KLIK BACA: Tahniahlah Zahid atas kehebatan 1 saranan kena 2 sasaran – Shahbudin Husin

KLIK BACA: PRU14 boleh menang kita sudah asah keris, kata Najib

KLIK BACA: Jika dari Najib kepada Nasharudin, dari Nasharudin diagih kepada siapa pula? – Shahbudin

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

admin
Author: admin