Malaysian Review

Filem The Journey

KUALA LUMPUR: Pengarah filem “The Journey”, Chiu Keng Guan mengakui tidak pernah menyangka filem itu kini menjadi filem terlaris dalam sejarah.

Mengutip RM13.5 juta setakat ini dia menyatakan tiada resipi khusus, tetapi yakin “The Journey” memaparkan kehidupan Malaysia sebenar.

Ditayangkan sejak 30 Januari lalu, filem tersebut menjalani 40 hari penggambaran dan menelan bajet RM3 juta.

Kejayaan itu mendorong Chiu untuk mengarahkan filem berbahasa Melayu suatu hari nanti.

Baginya, penonton kini lebih bijak memilih karya tontonan yang tidak terbatas kepada bahasa sesebuah filem.

Pernah mengarahkan filem “Wohoo” dan “Great Day”, filem “The Journey” bakal ditayang ke Singapura dan Taiwan pada Mac dan April nanti.

Filem ini masih ditayangkan di rangkaian pawagam Malaysia.
sumber Astroawani

admin
Author: admin