Malaysian Review

Kamal Adli harap Intan Kembali, Tunai Janji

Kamal Adli dan Intan Ladyana – Gambar ihsan mStar Hiburan
“SEMINGGU sebelum putus, Intan banyak janji dengan saya. Antaranya termasuk janji susah senang sama-sama dan jika dia mati, jangan kahwin dengan orang lain,” luah pelakon kacak, Kamal Adli, mengenai bekas kekasihnya, Intan Ladyana.

Akui sukar untuk melupakan Intan, Kamal tidak putus asa dalam mendapatkan Intan kembali namun, dia patah hati apabila mendapat tahu bekas kekasihnya itu sudah ada pengganti.

“Bukan saya tak cuba dapatkan dia kembali, namun dia tetap dengan pendirian itu. Mungkin salah saya juga sebab lambat tapi, saya mahu kumpul duit dahulu. Malah, saya ada perancangan untuk mengahwininya tahun ini.

“Selepas hubungan kami berakhir, sebulan saya tidak ambil sebarang tawaran kerja kerana merasakan ianya tidak perlu lagi. Selama ini, saya kuat bekerja kerana nak kumpul duit untuk mengahwininya.

“Sepanjang enam tahun bersama, saya kerja keras untuk dia termasuk beli rumah namun, segalanya tidak kesampaian. Malah, saya juga terkejut kerana dia sudah ada pengganti walaupun baharu sahaja beberapa bulan berpisah,” jelas pelakon, PE3 ini.

Tambah Kamal, dia juga kecewa dengan tindakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay (LJ), yang dikatakan menjadi ‘orang tengah’ dalam memperkenalkan Intan kepada lelaki tersebut.

“Saya ada dengar orang bercerita, LJ memberitahu dia yang memperkenalkan Intan kepada lelaki itu. Saya sendiri tidak tahu apa motif LJ buat begitu sedangkan kami juga berkawan dan saya dalam usaha untuk berbaik semula dengan Intan.

“Dia tahu bagaimana saya sayang dan cintakan Intan, kenapa dia buat saya begitu? Namun, saya tak salahkan dia 100 peratus, mungkin ada silap salah saya juga sebelum ini.

“Saya juga menghormati pendirian Intan, jika dia gembira saya tumpang gembira. Mungkin tiada jodoh antara kami dan sejujurnya, saya tak pernah sia-siakan Intan sebelum ini. Saya betul-betul sayangkan dia,” katanya lagi lapor  Sinar Harian Hiburan

admin
Author: admin