Siapakah Naimah Binti Abdul Khalid ?
Siapa Naimah? Perempuan ini adalah isteri ketiga Tun Daim. Kalau Daim berkuasa sebagai menteri Kewangan dengan mengagihkan wang negara kepada keluarga dan kroni-kroni yang menjadi nomineenya, maka Naimah merupakan perempuan yang paling berkuasa dalam dunia business Malaysia. Berikut adalah penglibatan dua laki bini itu dalam business negara.
MUHIBBAH ENGINEERING (M) Bhd.
Akhbar The Edge keluaran 23 April 2001 menyiarkan satu artikel yang mempersoalkan MUHIBBAH sering diberi anugerah projek-projek yang mewah. Akhbar itu mendedahkan strong connections serta kerjasama antara MUHIBBAH dan HCM Engineering Sdn. Bhd. HCM Engineering juga mempunyai hubungan yang kuat berkaitan dengan politik
Pada awal tahun ini MUHIBBAH telah dianugerahkan kontrak berjumlah RM422 juta untuk membina sebuah kem tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Baru-baru ini MUHIBBAH juga mendapat satu lagi kontrak bernilai RM366 juta untuk membina sebuah Pusat Tentera Laut di Kota Kinabalu, Sabah.
Tahun lalu, MUHIBBAH melalui syarikat joint venturenya (JV) bernama ROADCARE (M) Sdn Bhd. Telah memperolehi projek penyelenggaraan jalan persekutuan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan kontrak bernilai RM850 juta untuk selama 15 tahun. Keuntungan bersih mereka dalam kontrak ini berjumlah Rm297,750 juta.
Pemegang-pemegang saham dalam syarikat MUHIBBAH ialah Mac Ngan Boon dan Naimah Abd. Khalid sebagai pemegang saham utamanya.
Bab Lima: Siapakah Josephine Premla Suvaretnam?
(ms 43 – 44)
Josephine merupakan ‘TOP HONCO’ bagi pihak Naimah bte. Abd. Khalid dalam beberapa kepentingan yang diperolehi melalui pengaruh Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan.
Josephine dan Naimah jika digabungkan adalah perempuan yang terpengaruh dalam dunia business di Malaysia.
Kalangan ahli perniagaan mendapati Josephine adalah pengarah dalam beberapa syarikat di mana Naimah mempunyai kepentingan. Sekiranya beliau bukan pengarah dalam syarikat tertentu, perempuan ini akan mengarah CEO syarikat berkenaan untuk menjaga kepentingan-kepentingan Naimah dan Daim.
Semua orang tahu CEO Alliance Banking Group (dahulu Multi-Purpose Bank) ambil arahan daripada Josephine. Pendek kata dia adalah CEO de facto yang tidak rasmi bagi Alliance Banking Group. Akbar Khan adalah CEO de facto yang tidak rasmi semasa di bawah nama Multi-Purpose Banking Group.
Josephine juga mengarah dan mentadbir pelbagai pelaburan luar negara bagi pihak Daim terutama bank-bank kepunyaan Daim sendiri di luar negara seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Cambodia.
Syarikat-syarikat d bawah pentadbiran Josephine telah diberi kontrak berbilion ringgit yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan. Sekiranya kita membuat satu audit keseluruhannya di bahagian kontrak Kementerian Kewangan, kita akan dapat menghuraikan dengan teliti kontrak-kontrak itu.
Bab Enam: SPK – Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd.
(ms 45-47)
Isteri ketiga Daim, iaitu Naimah Binti Abd. Khalid adalah pemegang saham majoriti dalam SPK.
Kementerian Kewangan melalui Daim sebagai menterinya telah memberikan kontrak kepada SPK sehingga berjumlah RM2.2 billion sejak beberapa tahun lalu.
Persoalannya adakah Daim mengisytiharkan kepentingan dalam membuat keputusan rasmi?
Kalau sudah diisytihar, tentu orang tertanya-tanya mengapa beri kontrak kepada syarikat yang isterinya sebagai pemegang saham utama?
Kalau Daim tidak isytihar tentang penganugerahan projek kepada SPK, mengapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap Daim?
Kedua-dua faktor ini, sama ada isythiar atau tidak, Daim boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Kanun Keseksaan (pindaan) 1993 yang membolehkan hukuman sebatan mandatori dan penjara ke atas penjenayah kolar putih.
Naimah Abd. Khalid juga boleh dihukum sebat mandatori dan penjara kerana bersubahat dengan suaminya sebagai Menteri Kewangan jika sabit kesalahannya.
KUALA LUMPUR CITY CORPORATIONS BHD.
KL City Corp. adalah dipunyai oleh Naimah binti Abde. Khalid melalui beberapa nomineenya yang terdiri dari adiknya Khadijah binti Abd. Khalid, Syed Rozaidi Wafa bin Syed Hussein Wafa, Mohd. Nasir bin Ali, Zabidah bt. Ismail, Sheliza Luis bt. Abdullah dan lain-lain.
KL City Corp. adalah dipunyai oleh City Securities Sdn Bhd. Syarikat Broker Universal.
Bab Tujuh: Menyelamatkan MAS Demi Poket Sendiri
(ms 48-53)
Tun Daim beria-ia berkata “kita mesti selamatkan MAS demi maruah Malaysia.” Tiba-tiba yang diselamatkan oleh Daim ialah Tan Sri Tajuddin Ramli bukannya MAS.
Tajuddin mempunyai 29 peratus pegangan saham dalam MAS menjadikan ia pemegang individu terbesar.
Daim melalui Kementerian Kewangan telah menawarkan RM8.00 bagi satu saham untuk membeli ke semua 29 peratus saham milik Tajuddin yang bernilai RM 1.8 billion. Sedangkan harga pasaran MAS waktu itu ialah Rm4.00 bagi satu saham.
Bagi Daim inilah kesempatan yang harus diambil kerana beliau sendiri adalah pemilik sebenar saham individu MAS. Tajuddin hanya nomineenya saja.
Kalau Daim kata untuk menyelamatkan MAS demi maruah Malaysia, kenapa tidak masukkan RM1.8 bilion wang tunai ke dalam MAS terus dan mengeluarkan saham baru kepada Kementerian Kewangan, memandangkan MAS sudah over geared? Barangkali Daim rasa lebih menguntungkan masuk poket sendiri dari menjaga maruah Malaysia.
Ini bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang begitu banyak untuk menyelamatkan Tajuddin bukan menyelamatkan MAS.
MAS mengalami kegawatan akibat sikap boros Tajuddin sendiri yang menempah 25 pesawat baru yang bernilai berpuluh billion ringgit. Tajuddin juga menempah sebuah pesawat mewah tahun lalu hanya untuk disewa khas dengan bayaran RM32,300 setiap satu jam. Boing 737-700 itu hanya menyediakan 16 tempat duduk saja dengan peralatan yang serba canggih. Bukankah ini satu pembaziran?
Bab Lapan: Bank Bumiputera Menghilang Lagi
(ms 54-58)
Bank Bumiputera, satu-satu bank Melayu yang ditubuhkan hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah lenyap sekelip mata apabila Tun Daim Zainuddin mengarahkan penggabungan antara bank Bumiputra dengan Bank of Commerce. Bank of Commerce (BOC) dimilikki oleh nominee Daim mempunyai lebih kurang 50 cawangan dan Bank Bumiputra ada 200 cawangan menjadikan ia sebagai bank yang kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank.
Melalui nominee Daim, Bank Bumiputera telah diambil alih dengan pembelian saham yang paling rendah iaitu 62 sen sesaham sedangkan harga pasaran ialah RM3.00.
Nilai pasaran saham sebenarnya ditentukan oleh Daim. Kalau pihaknya hendak menguasai satu-satu syarikat dia akan beli dengan harga paling rendah tetapi mengaut keuntungan berlebihan seperti saham MAS yang dibeli oleh Kementerian Kewangan dengan harga berlipat ganda dari RM4.00 kepada RM8.00, keuntungan berjumlah RM1.8 billion.
Bank Bumiputera telah dibeli oleh Daim melalui nominee dengan alasan mahu konsep penggabungan bank dilaksanakan maka berlakulah penggabungan antara Bank of Commerce (BOC) dengan bank Bumiputra (BBMB) pada 18 September 1998 sedangkan BBMB tidak -perlu bergabung kerana kira-kira untuk ruginya masih memperlihatkan BBMN untuk sebanyak RM750 juta sedangkan Bank of Commerce (BOC) rugi sebanyak RM317 juta.
Penggabungan ini bukan sahaja merugikan orang Melayu tetapi melenyapkan Bank Bumiputera sebagai hak anak watan di tanah airnya.
(gambar Dato Md.Nor Yusuf Pengarah Urusan Kumpulan MAS yang baru menggantikan Tajuddin Ramli)
Beliau merupakan kroni dan nominee Daim yang bertanggungjawab memberikan pinjaman “extremely friendly loan” sebanyak RM 380 juta kepada Quantum Aspects.Daim telah beri pomotions kepada Md. Nor Md. Yusuf dengan meletakkannya sebagai CEO MAS menggantikan Tajuddin. Tidakkah pinjaman “Extremely Friendly Loan” yang diberi kepada Quantum Aspects telah melanggar semua syarat-syarat kredit..
Ms. 59-67: Memorandum Kesatuan Pegawai-pegawai Bumiputera Commerce Bank Berhad.
BAB Sembilan: MPHB: Multi-Purpose Holdings Bhd.
(ms. 68-71)
Kalangan ahli-ahli korporat mengetahui bahawa T.K. Lim menyerahkan pegangan Multi-Purpose kepada Tun Daim, dengan syarat segala kesalahan yang dilakukan T.K. Lim dalam kumpulan MPHB di selesaikan oleh Daim. Bagi T K L:im ini tidak merugikannya kerana beliau telahpun mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari MPHB. Beliau telah menyerahkan 30 peratus saham ke syarikat Quantum Aspects Sdn. Bhd dengan percuma.
Dr. Chan Chin Cheng adalah nominee utama Daim dalam Quantum Aspects dengan Akhbar Khan (Effective Capital) menonjolkan diri dalam MPHB sebagai ‘top honcho”. Untuk menguruskan kumpulan MPHB bagi pihak Daim.
Sekarang barulah semua orang faham kenapa Bank Multi-Purpose yang begitu lemah diurus, diberi status anchor bank (bank peneraju) iaitu daripada cadangan asas 6 anchor bank. Apabila bank-bank lain yang lebih matang, berwibawa dan berupaya seperti RHB, Arab-Malaysian dan Hong Leong terkeluar pada mulanya.
Terry Tham Ka Hon, kawan rapat Tan Sri Wan Azmi hamzah (satu-satunya nominee Daim yang kuat ) dengan beberapa rakan kongsi telah mengambil alih Quantum Aspects sekitar RM 500 juta dengan kelulusan (Extremely Friendly Loan) dari Bumiputra Commerce sebanyak RM380 juta.
Banyak orang tahu bahawa Akbar Khan telah mengeluarkan RM600 juta dari Magnum Corp atas alasan pinjaman kepada seorang nominee. Magnum Corp telah melaporkan bahawa pinjaman ini tidak dapat dikutip balik dan sudahpun dibatalkan dalam list kutipan. Dengan RM 600 juta ini ditambah dengan RM500 juta yang dibayar oleh Terry Tham dan pengarah-pengarah untuk Quantum Aspects, Daim membolot RM1.1 bilion dari Multi-Purpose mungkin beberapa juta dibayar sebagai bayaran servis kepada nominee-nominee tertentu.
Datuk Dr. Mohammad Abdus Salim Cassim mempunyai 26.45 peratus atau 295 juta saham dalam Southern Bank.Dr.Salim juga memberitahu kroni-kroninya bahawa dia tidak suka berhutang dengan bank. Jika begitu, macam mana dia dapat duit untuk membayar 295 juta saham sekaligus, lebih satu billion ringgit? Durian runtuh kut…Saham dia sekarang bernilai lebih kurang RM450 juta. Sebenarnya saham itu bukan kepunyaan dia, dia cuma nominee untuk Daim. Semuanya ahli-ahli korporat tahu. Itulah sebabnya Southern bank yang begitu kecil adalah antara 1 anchor bank daripada asas 6 anchor bank..
BAB Sepuluh: RM4 Bilion Kos Membina Sekolah
Tun Daim telah menganugerahkan RM4 Bilion untuk membina sekolah-sekolah di Malaysia kepada empat buah syarikat berikut:
1. Kinta Samudra Sdn. Bhd.
2. Worldworth Sdn. Bhd.
3. Ambangan Height Sdn Bhd.
4. Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd.
Keempat-empat syarikat tersebut adalah kepunyaan Daim melalui nominee.
Datin Umi Kalsum bt. Mohd. Noh adalah pemegang saham majoriti yang rasmi dalam Umi-Ross Project Management Sdn. Bhd. Syarikat ini telah diberi kontrak sebanyak RM2 bilion ringgit.
Umi Kalsum adalah bekas pegawai Kementerian Kewangan. Persoalannya pernahkah beliau berpengalaman sebagai seorang kontraktor sehingga dapat penganugerahan berbilion-bilion ringgit?
Manakala tiga Syarikat lagi juga diberi kontrak RM2 billion ringgit.
Bab Sebelas: Sembilan Nominee Daim
(ms 75 –b 79)
Selain dari nama-nama yang disebut, berikut adalah nominee Tun Daim yang mempunyai kepentingan dalam berbagai syarikat.
1. ROBERT TAN HUA CHOO
Memegang syarikat Spanco Sdn Bhd. Bagi pihak Daim. Spanco menjalankan perniagaan penswastaan, pemilikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan, satu operasi yang sungguh beruntung sebab Kementerian Kewangan dikenakan caj berlebihan. Pemegang asal KL City Corp bagi pihak Daim sehingga nominee Naimah mengambilalih.
2. DATUK AMIN SHAH
Memegang penswastaan Pelabuhan Lumut dan kontrak pembinaan kapal tentera laut bernilai RM6.0 bagi pihak Daim. Juga sebagai nominee di beberapa syarikat lain
3. Tan Sri WAN AZMI WAN HAMZAH
Memegang banyak kepentingan bagi pihak Daim. Yang paling baru adalah kepentingan dalam SPLASH – penswastaan air di Selangor.
MOHD. RAZALI MOHAMAD RAHMAN & HUSSAIN BIN CHIK ABAS
Menguasai bagi pihak Daim, Landmarks Bhd. Peremba Bhd. Dan Kumpulan Syarikat Saujana.
MOHD. AMIR MOHD SENAWI & MOHD. ANNUAR MOHD SENAWI
Kedua-dua mereka adalah anak saudara Daim di mana mereka memegang kepentingan yang luas bagi pihak Daim.Annuar yang menguasai Idris Hydraulic tengah berusaha untuk bergabung beberapa syarikat insuran untuk dibentuk sebagai satu syarikat insuran gergasi.
TAN SRI LIM YAN HAI
Memegang saham bagi pihak Daim dalam Bolton dan Malaysian Plantations Bhd. Di mana ianya juga menguasai Alliance Banking Group. Juga merupakan Pengerusi Malaysian Plantations dan Alliance Banking Group.
7. LIM CHEE WAH
Anak lelaki Tan Sri Lim GohTong, Tauke Genting Bhd. Juga seorang kenalan business yang rapat dan seorang nominee Daim. Terlibat dalam perolehan beberapa kontrak dari Kementerian Kewangan melalui nominee lain. Juga ditawarkan projek multi-billion dalam pembinaan landasan keretapi tanpa tawaran terbuka.
BAB Dua belas: RM Untuk Selamatkan RENONG
(ms 80-85)
Semua orang tahu Tun Daim menguasai RENONG BERHAD. Halim Saad cuma nomineenya sahaja.
Oleh kerana Kumpulan Renong sedang menuju ke paras bankrapsi, maka Daim terpaksa cari jalan untuk menyelamatkan syarikat gergasi itu.
Kementerian Kewangan mencadangkan untuk mengambilalih Putra dan LRT dengan harga keseluruhannya sebanyak RM 6 bilion. Putra sebanyak RM4.5bilion manakala LRT RM1.5bilion.
Untuk menyelamatkan Putra, Daim terpaksa melibatkan LRT untuk memberi gambaran yang molek-molek kononnya terpaksa menyelamatkan pengangkutan awam di Lembah Kelang.
Nampak sangat ‘cover-up’ ini. Pelabur-pelabur dan agensi kewangan agak terkejut dengan ‘rescue’ yang di luar jangkaan ini. Adalah dalam pengetahuan ahli-ahli korporat bahawa Putra dibangunkan dengan jumlah RM3.5 bilion maksima dan RM1.5 billion telahpun disedut keluar…..
Kenapakah menggunakan dana Pencen Pegawai Kerajaan, KWSP dan sistem bank untuk menyelamat Time Dotcom? Institusi ini mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Senang saja, Kos Infrastruktur Time Dotcom dinaikkan berkali ganda untuk disedut keluar juga…
Tak kasihan ke rakyat jelata. Duit pencen dan KWSP adalah duit titik peluh rakyat. Kalau orang Cina mereka kata “Blood and Sweat Money”… Kalau salah guna parah akibatnya. Takut disumpah orang.
…bersambung: Bab Tigabelas: Penguasaan Daim dalam Industri Bank…
http://mindarakyat0.tripod.com/2001jul/2001-2065.htm